PruBSN Pelindung ialah sebuah Pelan Kemalangan Peribadi yang mematuhi prinsip-prinsip Syariah yang memperkenalkan mod caruman secara bulanan.
PruBSN Pelindung terbuka kepada sesiapa yang berusia 18 hingga 65 tahun.
3.1 Kematian Akibat Kemalangan (KAK) & Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK). PruBSN akan membayar jumlah perlindungan yang dinyatakan dalam jadual manfaat mengikut skala manfaat sekiranya Orang Yang Dilindungi meninggal dunia atau mengalami kehilangan upaya penuh dan kekal akibat kemalangan.
Nota:
Manfaat untuk anak-anak:
- KAK / HUPK ialah 20% daripada jumlah manfaat Peserta dan 100% daripada manfaat lain.
- Anak berusia 12 bulan hingga 18 tahun yang tidak bekerja (tidak kira bilangan anak).
Manfaat bagi pasangan ialah 100% daripada jumlah perlindungan Peserta.
3.3 Perbelanjaan Perubatan
PruBSN akan membayar, atas dasar pembayaran ganti, perbelanjaan sebenar perubatan dan pembedahan yang tidak melebihi jumlah yang dinyatakan pada Jadual apabila anda memerlukan rawatan perubatan daripada pengamal perubatan berdaftar dalam tempoh 12 bulan kalendar selepas tarikh kemalangan (dengan syarat perbelanjaan pertama ditanggung dalam tempoh 26 minggu selepas tarikh kemalangan).
3.4 Khairat Kematian
PruBSN akan membayar sebanyak RM2,000 sekiranya berlaku kematian akibat daripada kemalangan.
3.5 Perbelanjaan Penghantaran Jenazah
PruBSN akan membayar sebanyak RM5,000 maksimum bagi perbelanjaan penghantaran pulang jenazah Orang Yang Dilindungi ke Malaysia sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan.
3.6 Manfaat Tambahan
• Kehilangan akibat kemalangan (selepas satu tahun)
• Pendedahan kepada unsur-unsur alam
• Bencana alam seperti tsunami, gempa bumi, banjir, petir, angin ribut dan tanah runtuh
• Pembunuhan dan serangan tanpa provokasi
• Mati lemas akibat kemalangan
• Keracunan makanan atau minuman secara tidak sengaja
• Gigitan binatang atau serangga tanpa provokasi dan secara tidak sengaja
3.7 Pengecualian Utama
• Risiko perang
• Risiko senjata nuklear
• Menaiki pesawat sebagai juruterbang atau anak kapal
• Menaiki helikopter
• Kecacatan atau gangguan fizikal atau mental sedia ada
• Melahirkan anak, keguguran atau risiko kehamilan
• Tidak siuman, bunuh diri atau cubaan membunuh diri
• Melakukan atau cuba melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang
• Penyertaan dalam sebarang sukan profesional
Risiko keganasan
4. Pengagihan Lebihan
Satu ciri unik takaful ialah perkongsian lebihan bersih daripada operasi takaful. Anda layak mendapat 100% lebihan (jika ada) selagi anda tidak membuat tuntutan sepanjang tempoh takaful. Lebihan akan diberikan kepada anda dalam bentuk rebat apabila tahun kewangan berakhir. Kadar rebat akan ditentukan oleh PruBSN secara adil dan saksama.
5. Perkongsian Keuntungan Pelaburan
Pada akhir tiap tahun kewangan, jika terdapat keuntungan pelaburan, ianya akan dikongsi bersama diantara PruBSN dan Peserta dengan nisbah 30% : 70%
6. Sumbangan
Sumbangan yang anda buat kepada PruBSN Pelindung bergantung kepada pelan yang anda pilih. Selain sumbangan, anda perlu membayar duti setem semasa berjumlah RM10 untuk Sijil.
7. Dokumen Sijil
Sijil anda akan disampaikan sendiri kepada anda secepat yang mungkin berserta penerangan ringkas tentang polisi tersebut dalam tempoh sebulan selepas selepas pembayaran dibuat.
8. Prosedur Tuntutan
Peserta (atau wakil Peserta yang sah di sisi undang-undang sekiranya Peserta Meninggal Dunia) mesti memberikan notis bertulis kepada PruBSN dalam tempoh empat belas (14) hari selepas berlakunya kemalangan yang mungkin menimbulkan tuntutan dan mengambil tindakan berdasarkan nasihat perubatan atau pembedahan yang sewajarnya. Sekiranya Orang Yang Dilindungi meninggal dunia, kami layak membuat pemeriksaan bedah siasat dengan perbelanjaan pihak menuntut dan notis hendaklah, sekiranya boleh, berikan kepada pihak PruBSN tentang sebarang bedah siasat yang dilakukan sebelum pengebumian dijalankan. Kematian Orang Yang Dilindungi hendaklah disahkan menerusi Sijil Kematian Rasmi, atau sekiranya Orang Yang Dilindungi didapati hilang berikutan kemalangan, kehilangannya hendaklah dibuktikan secara bertulis atau menerusi hasil penemuan rasmi Pihak Berkuasa berkenaan yang mengandaikan kematiannya.
Nota:
Sijil akan ditamatkan serta-merta selepas:
- Caruman tidak berjaya didebit selama 2 bulan; atau
- Pembayaran manfaat kematian; atau
- Pembayaran kehilangan upaya penuh dan kekal (100% jumlah dilindungi); atau
- Penerimaan arahan daripada Peserta untuk menamatkan Sijil ini; atau
- Pemberian notis pembatalan 14 hari melalui pos berdaftar A.R. oleh PruBSN.
**Penting: Risalah ini hanya memberikan keterangan ringkas. Untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai terma dan syarat, sila rujuk dokumen Sijil anda.
No comments:
Post a Comment