
Pada waktu inilah seseorang itu akan sedar bahawa perbelanjaan perubatan selalunya berterusan walaupun setelah keluar dari hospital. Apatah lagi, kos-kos rawatan di hospital juga telah meningkat di luar jangkaan kita sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kemudian, ada pula kos-kos rawatan selepas dikeluarkan dari hospital seperti kos penjagaan jururawat di rumah, kos perubatan untuk "follow up", kos untuk dialisis buah pinggang (sekiranya kita dijangkiti penyakit buah pinggang/kencing manis) atau rawatan kimoterapi (untuk rawatan barah).
Di Prudential, kami mendengar dan memahami keperluan anda. Dengan produk PRUmajor med 5 membolehkan anda membiayai bil-bil hospital yang besar. Pelan ini membantu anda untuk membayar balik perbelanjaan perubatan besar yang ditanggung sekiranya anda dimasukkan ke hospital, sehingga umur 70 tahun.
· Had Tahunan Yang Tinggi
· Kebebasan Memilih Hospital dan Doktor/Pakar Perubatan
· Perlindungan 24 Jam Di Seluruh Dunia
· Perkhidmatan Hospital Rangkaian Di Hospital Tertentu
· Jaminan Pembaharuan
· Tiada jadual Pembedahan Yang Terhad
· Manfaat Yang Termasuk Cukai Perkhidmatan
· Rawatan Sebelum Masuk dan Selepas Keluar Hospital
· Penjagaan Jururawat Di Rumah
· Pembedahan Balik Hari
· Rawatan Kecemasan Pesakit Luar Untuk Kecederaan Akibat Kemalangan
· Rawatan Pesakit Luar Bagi Penyakit Barah dan Dialisis Buah Pinggang
· Bantuan Perubatan Kecemasan Antarabangsa dan Tempatan
Premium PRUmajor med 5 boleh didapati dalam 2 bentuk. Jika PRUmajor med 5 dilampirkan pada sesuatu polisi PRUlink, premium paras perlu dibayar. Premium PRUmajor med 5 yang dilampirkan pada polisi insurans hayat tradisional adalah berdasarkan umur tercapai. Apabila umur meningkat, premiumnya juga meningkat.
Premium yang perlu anda bayar bergantung kepada umur anda, kelas pekerjaan dan pelan yang anda pilih. Premium hendaklah dibayar sepanjang tempoh pelan. Anda mesti memaklumkan kepada syarikat tentang sebarang perubahan dalam pekerjaan anda, kegemaran atau sukan kerana ia boleh memberi kesan kepada premium, terma, syarat dan manfaat. Kadar premium tidak dijamin. Prudential berhak untuk mengubah premium dengan memberi notis 30 hari jika pengalaman tuntutan sebenar adalah lebih buruk daripada jangkaan.
2. Bagi Manfaat Rawatan Pesakit Luar, anda hanya perlu membayar 10% daripada jumlah manfaat yang layak dan pihak Prudential akan membayar bakinya.
Jumlah manfaat-manfaat yang akan dibayar dalam setahun mestilah tidak melebihi Had Tahunan Keseluruhan. Jumlah manfaat-manfaat yang akan dibayar dalam tempoh seumur hidup adalah tertakluk kepada Had Seumur Hidup.
Perlindungan bermula serta-merta selepas penerimaan polisi bagi kemasukan ke hospital akibat kemalangan. Tetapi perlindungan hanya akan bermula 30 hari selepas penerimaan polisi bagi sebab-sebab lain.
Apakah pengecualiannya?
Pengecualian yang biasa ialah:
· Kecederaan diri yang disengajakan.
· Peperangan, penglibatan secara langsung dalam rusuhan, mogok atau kekacauan awam.
· Kehamilan, melahirkan anak, keguguran atau pengguguran janin. (Sila rujuk pelanPRUlady untuk perbezaan)
· Rawatan pergigian melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit yang melibatkan pembedahan oral.
· Sebarang pembedahan elektif, pembedahan kosmetik atau plastik (melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit.
· Kemasukan ke hospital yang tujuan utamanya ialah untuk penyiasatan, dianogsis, pemeriksaan x-ray, pemeriksaan fizikal atau kesihatan rutin; rawatan khusus untuk mengurangkan atau menambahkan berat badan; pemulihan, penjagaan atau rehat pulih.
· AIDS, kewujudan sebarang jangkitan HIV atau penyakit yang disebarkan melalui hubungan seks.
· Perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan perubatan.
· Penyakit otak, penyakit jiwa, penyalahgunaan/ketagihan arak atau bahan.
· Ketidaksuburan, pencegahan hamil, pemandulan, kecacatan kelahiran, kecacatan kongenital, berkhatan.
· Sukan professional, sebarang jenis perlumbaan, selam skuba, aktiviti sukan udara dan sebarang aktiviti atau sukan berbahaya lain.
· Sebarang pelanggaran atau percubaan untuk melanggar undang-undang atau menentang daripada ditahan.Penyakit-penyakit tertentu berikut bagi 12 bulan pertama perlindungan.
· Penyakit-penyakit tertentu berikut bagi 4 bulan pertama perlindungan :-
1. Batu karang di dalam sistem kencing dan hempedu.
2. Hipertensi atau penyakit kardiovaskular (kecuali serangan jantung).
3. Diabetes melitus.
4. Katarak atau pterigium.
5. Semua ketumbuhan, sista, polip atau barah.
6. Pembedahan sinus, septum hidung atau tonsil.
7. Hernia, buasir atau fistula.
8. Gastritis, gastrik atau ulser duodenal.
9. Endometriosis atau disfungsi pendarahan uterin.
· Kewujudan sebarang tanda atau simptom yang untuknya rawatan, pengubatan, perundingan, nasihat atau diagnosis telah didapatkan atau diterima sepanjang 2 tahun sebelum bermulanya polisi.
Notis Penting
· PRUmajor med 5 tidak mempunyai sebarang nilai tunai.
· Anda perlu memastikan bahawa pelan anda memenuhi keperluan anda dan anda mampu membayar premium sepanjang tempoh pelan anda.
· Anda diberi tempoh berfikir selama 15 hari selepas polisi diserahkan kepada anda untuk meneliti jika berkenaan menepati keperluan anda. Jika anda mengembalikan polisi dalam tempoh tersebut, premium anda akan dibayar balik, tertakluk kepada potongan sebarang perbelanjaan yang dibayar untuk pemeriksaan kesihatan.
No comments:
Post a Comment